Yuna – Adam ikat tali pertunangan

0
16

KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna hari ini mengikat tali pertunangan dengan Adam Yousof Sinclair pada satu majlis yang diadakan di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam.

Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja, menurut satu kenyataan dikeluarkan Yuna Room Records sebentar tadi.

Katanya, Yuna, 30, atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, mula mengenali Adam, 32, seorang direktor di set rakaman untuk iklan televisyen, pada awal 2013.

Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa.

“Pada akhir tahun 2015, hubungan Yuna dan Adam semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin.

“Yuna sudah pun membawa Adam berjumpa dengan kedua ibu bapanya, dan dia juga sudah mengenali keluarga Adam.

“Rancangan untuk bertunang bermula selepas upacara merisik pada 27 Mac 2017,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here