Yuna akan teruskan kariernya di AS walaupun selepas bernikah

0
82
Advertisement

PUTRAJAYA: Penyanyi terkenal Yuna mengesahkan akan terus menetap di Los Angeles untuk urusan kerja walaupun selepas bernikah dengan pilihan hatinya, Adam Sinclair.

Yuna berkata walaupun sudah mengahwini Adam, mereka akan meneruskan kerjaya sama ada di tanah air mahupun di Los Angeles.

“Adam dan saya akan ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Los Angeles ikut kepada kerja masing-masing.

“Saya sudah menetap di Los Angeles selama hampir 8 tahun. Jadi kami mungkin akan ulang alik memandangkan keluarga saya di tanah air dan Adam yang mungkin ada kerja di sini (Malaysia).

“Sudah tentu saya mahu sentiasa berada di sisi Adam, kami akan mengambil ini sebagai cabaran untuk imbangkan perkahwinan dan karier,” katanya semasa sidang media khas sempena pernikahan mereka di sini, hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here