Yuna dan Adam nikah 28 Januari ini

0
20
Advertisement

KUALA LUMPUR : Penyanyi terkenal Yuna kini sedang rancak membuat persiapan untuk majlis perkahwinan bersama tunangnya, Adam Sinclair tidak lama lagi. 

Pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 28 Januari ini dan kad undangan sudahpun diedarkan. 

Satu sidang media berkaitan majlis perkahwinan pasangan ini bakal diadakan Ahad ini, 27 Januari pada jam 4 petang di Putrajaya oleh syarikat pengurusan miliknya, Yuna Room Records.

BACA: Yuna rancak buat persiapan kahwin, peminat dah tidak sabar!

Yuna, 31 tahun, telah mengikat tali pertunangan dengan Adam Sinclair pada 5 Ogos 2017 di kediaman lelaki itu di Shah Alam, Selangor selepas berkenalan sejak 2013.

BACA: Yuna – Adam Sinclair jalin pertunangan

Yuna telah dirisik keluarga Adam pada 27 Mac lalu.

Terdahulu, Yuna telah memuat naik status sudah membeli fabrik untuk busana perkahwinannya. Status tersebut mengundang reaksi teruja dan tidak sabar di kalangan peminat untuk menyaksikan bintang antarabangsa itu bersama pasangannya.

BACA: Parti bujang Yuna yang manis dan ringkas…

Yuna juga tidak ketinggalan untuk mengadakan parti bujang atau bachelorette party bersama teman-teman rapatnya.

Nota: Saksikan secara langsung ‘Sidang Media Khas Yuna dan Adam Sinclair’ menerusi platform Astro AWANI (www.astroawani/live-tv) dan di Saluran 501 (Astro AWANI) sebaik sahaja sidang media bermula. Tonton!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here