Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang

0
29
Advertisement

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Yuna sah menjadi isteri kepada Adam Sinclair di majlis pernikahan yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong pada jam 7 petang hari ini.

Yuna, atau nama sebenarnya, Yunalis Datuk Mat Zara’ai selamat diijab kabul dengan Adam atau nama penuh, Adam Yousof Mohamed Sinclair oleh Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang.

Majlis pernikahan itu turut menyaksikan pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh Yuna.

Majlis itu turut dihadiri oleh 300 tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan ringkas dari pihak pengurusan Yuna dan Adam, kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.

Astro AWANI masih menunggu foto majlis pernikahan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here