Yuna kongsi percutian bulan madu di Tulum, Mexico

0
137
Advertisement

KUALA LUMPUR: Penyanyi antarabangsa, Yuna yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan Januari lalu dengan jejaka pilihannya, Adam Sinclair diketahui ramai memilih Tulum, Mexico sebagai destinasi bulan madu mereka.

Tidak ramai sebenarnya yang memilih Tulum, sebagai lokasi bulan madu dan menurut Yuna, Tulum menjadi pilihan selepas ia dicadangkan oleh penerbitnya sebaik sahaja Yuna dilamar Adam.

“Saya telah tinggal di Los Angeles selama tujuh tahun, tetapi tak pernah menjejakkan kaki ke Mexico, Selepas ‘google’ tentang Tulum yang cantik itu, saya menyimpan impian untuk ke sana bersama suami,” terang Yuna di dalam entri terbaru blognya ww.yunazarai.com.

Katanya, apa yang menarik mengenai Tulum adalah makanannya yang sedap dan harga berpatutan.

“Tulum mengingatkan kita tentang Bali, ia adalah sebuah bandar kecil. Terdapat hanya satu jalan utama di sepanjang pantai yang dipenuhi restoran, kedai dan hotel.

“Terdapat banyak pelancong, terutamanya orang Amerika, tetapi pada masa ini tidak terlalu ramai mengunjungi Telum. Resort kami Coco Tulum juga sangat mendamaikan, kami menghabiskan dua hari pertama hanya bersantai di pantai, dan mencuba makanan di sekitar kawasan itu,” tulisnya.

Mexico sememangnya sebuah negara yang indah terutamanya pantainya.

Tulum adalah bandar di Mexico berdepan dengan Laut Caribbean yang terkenal dengan air jernih berwarna firus.

Salah satu lokasi menarik yang mereka kunjungi ketika di Tulum adalah Grand Cenote, yang merupakan sebuah gua di mana airnya sangat jernih dan lokasinya yang agak jauh dari tumpuan pelancong.

brb.

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here