Zaid mahu Dr M, HARAPAN berarak bantah 'lanjutan' CJ, IGP

0
71



Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk berarak sebagai protes jika benar Putrajaya mahu melanjutkan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Saya harap Tun (Dr) M (Mahathir) dan lain-lain HARAPAN (pemimpin) berarak ke Istana Kehakiman.

“Idea ‘tangan stabil’ yang sesuai dengan PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh dibenarkan,” jelas beliau dalam tweetnya.

Ketika dihubungi kemudiannya, menurut Zaid, beliau tidak berhasrat untuk menganjurkan perarakan demikian tetapi menegaskan pemimpin HARAPAN untuk mengepalainya.

“Anda tidak boleh lanjutkan tempoh ketua hakim negara. Saya rasa ia tidak menggambarkan rasa hormat kepada Perlembagaan.

“Kita mesti bantah. Tetapi saya tidak boleh memimpin. Saya bukan pemimpin. Saya akan menyertai bantahan itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Zaid mengulas laporan berita yang mendakwa Putrajaya merancang melanjutkan tempoh perkhidmatan Md Raus dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk tempoh dua tahun lagi.

Khalid, bagaimanapun, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai isu tersebut.

“Ia hanyalah satu lagi spekulasi,” ujar beliau.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here