Zainal mahu Pulau Pinang raih keputusan positif berdepan JDT

0
81



PENGENDALI Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan, bertekad meraih keputusan positif apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri Batu Kawan, malam esok.

Walaupun JDT baru sahaja terkeluar daripada saingan Piala FA, Zainal tetap berwaspada dengan ancaman skuad bimbingan Benjamin Mora itu.

Zainal menuntut komitmen terbaik pemain dan tidak mahu kealpaan ketika tumpas 5-1 kepada Kelantan dalam aksi liga sebelum ini berulang.

“Kami menyedari hasrat JDT untuk kekal di persada liga dan kami pula tidak boleh kehilangan mata dan perlu memberikan yang terbaik dalam aksi esok,” katanya.

Zainal turut mahu aksi lebih berdisiplin dipamerkan barisan pertahanan pasukan untuk menyekat jentera serangan JDT.

“Saya dapat melihat jentera pertahanan kami berdisiplin ketika bertemu Kelantan, dan kami telah meningkatkan usaha dalam sesi latihan untuk aksi berdepan JDT.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here