Zamparini tolak bidaan ke atas Palermo

0
33



Milan: Bidaan untuk mengambil alih kelab Itali, Palermo ditolak oleh pemiliknya Maurizio Zamparini kelmarin, lebih empat bulan selepas kelab itu diumumkan akan diambil alih.

Zamparini menyatakan dalam satu kenyataan terma yang ditawarkan usahawan AS dan bekas pelakon komedi televisyen Paul Baccaglini tidak dipersetujui.

Zamparini, 76, yang mendapatkan khidmat kira-kira 40 jurulatih dalam tempoh 15 tahun di kelab itu berkata, beliau tidak tidur semalaman.

“Saya bekerja keras untuk meneruskan kerja sepatutnya untuk menaikkan semula kelab ini ke Serie A,” katanya.

Zamparini menyatakan Februari lalu beliau menjual Palermo kepada yayasan yang diketuai Baccaglini, yang dilantik presiden kelab itu tidak lama kemudian.

Awalnya perjanjian itu dikatakan lengkap pada hujung April lalu namun ia beberapa kali ditangguhkan.

Kelmarin, Zamparini meminta Baccaglini meletak jawatan. Baccaglini belum membalas kenyataan Zamparini.

Kelab Sicily itu tersingkir daripada Serie A Mei lalu selepas musim hambar yang menyaksikan mereka menggunakan khidmat lima jurulatih. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here