Zara Zya buang kelenjar di pipi

0
52


ZARA Zya selamat menjalani pembedahan membuang kelenjar di pipi di sebuah hospital pakar di Damansara, Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR: Pelakon Zara Zya selamat menjalani pembedahan membuang kelenjar di pipi di sebuah hospital pakar di Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Pelakon drama Tuan Anas Mikael itu berkongsi berita mengenai pembedahan tiga jam itu di laman Instagram, pagi tadi.

Zara yang dihubungi melalui aplikasi WhatsApp memberitahu beliau stabil.

“Maaf, saya tak boleh bercakap dengan jelas. Alhamdulillah, saya semakin okey. Sakit saya ini sudah lama ditanggung.

“Ketumbuhan yang dulu kecil semakin membesar. Kalau dibiarkan berkemungkinan besar akan menjadi kanser hingga boleh hilang ekspresi pada wajah.

“Jadi saya buat keputusan membuang ketumbuhan itu,” katanya.

Zara berkata, doktor membenarkannya pulang ke rumah, esok.

“Bagaimanapun, kesan pembedahan ini akan mengambil masa untuk hilang. Mungkin ambil masa hingga lima bulan untuk pulih sepenuhnya.

“Saya perlu berehat buat sementara waktu. Jika diikutkan, minggu depan saya perlu jalani penggambaran.

“Namun, saya kena tengok keadaan jika boleh diteruskan atau sebaliknya. Kalau masih tak okay, saya terpaksa tarik diri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here