Zayn Malik 'terpaksa' lancar lagu selepas dibocorkan

0
60
Advertisement

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zayn Malik terpaksa melancarkan lagu single terbaharu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan kerana lagu itu didapati ‘terbocor’.

Menerusi satu kenyataan di Twitter, Zayn berkata ia dibocorkon oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak rancang untuk melancar lagu ini, tetapi oleh kerana ia dibocorkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Jadi saya mengambil keputusan untuk melancarkan lagu sulung ini kerana peminat lebih penting bagi saya,” kata Zayn dalam akaun Twitternya.
Sementara itu, laman web Zayn Malik lumpuh seketika akibat jumlah pengunjung yang tinggi akibat peminat yang mahu dengar lagu baru itu.

Kali terakhir bekas penyanyi One Direction itu melancarkan lagu originalnya adalah ‘Dusk Til Dawn’ pada September 2017.

Pada Februari lalu, Zayn melancarkan lagu ‘cover’, Teri Deewani oleh penanyi terkenal dari India, Kalisah Kher, dengan kerjasama penerbit terkenal AR Rahman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here