Zirafah hutan okapi dapat penghormatan, dinamakan Meghan

0
112
Advertisement
LONDON: Tunang kepada Putera Harry, Meghan Markle telah memberi inspirasi kepada Zoo London dalam memberi nama kepada penghuni terbaharunya dan juga bagi meraikan perkahwinan pasangan diraja itu pada 17 Mei nanti.

“Kelahiran merupakan sesuatu yang harus diraikan dan ketibaan Meghan memberi peluang terbaik bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang spesis okapi ini yang hampir pupus,” kata pihak zoo tersebut dalam satu kenyataan.

Haiwan berbelang ini dilahirkan pada 9 Disember dan sejak itu ia sangat popular dikalangan pengunjung.

 

Ibunya Oni jarang meninggalkan sisi

Ibunya Oni jarang meninggalkan sisinya. – Foto Zoological Society of London via AP

“Meghan masih terlalu kecil dan sentiasa dikepit oleh ibunya Oni,” kata jurucakap zoo Tina Campanella kepada Daily News.

“Kami sangat teruja dengan kehadirannya. Ibu dan anak juga berada dalam keadaan sihat,” tambahnya.

Haiwan okapi ini berasal dari Democratic Republic of Congo dan ia juga dikenali sebagai zirafah hutan.

Ia pertama kali diperkenalkan kepada dunia oleh Sir Harry Johnstone pada 1901.

“Tidak banyak diketahui tentang spesis haiwan ini namun seperti zirafah, ia banyak menghabiskan masa dengan memakan daun dan menjelajahi persekitarannya.

BACA: Putera Harry, Meghan Markle bakal langsungkan perkahwinan pada 2018

BACA: Istana Kensington siar gambar rasmi pertunangan Putera Harry, Meghan Markle

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here