Zizan Razak, Nad Zainal dan Lan Solo bawa peminat bercuti di luar negara

0
428
Advertisement

Selebriti terkenal seperti Zizan Razak, Nad Zainal dan Lan Solo membawa peminat bertuah bercuti ke luar negara.

Bukan sekadar bercuti, peminat dan selebriti juga berpeluang untuk meneroka taman tema terbaik dunia!

Semuanya boleh disaksikan dalam program kembara taman tema terbaik dunia, #expeRIAnce #ProjekThemePark2018 yang kembali bersiaran menemui penonton untuk musim terbaru!

Menerusi siri terbaru program ini, saksikan pengalaman peminat mengembara bersama artis kesayangan mereka ke taman tema terbaik dunia.

Peminat bertuah bukan sahaja berpeluang merasai sendiri kelajuan adrenalin mencuba pelbagai permainan di taman tema popular bersama artis pilihan, malah mereka turut mempunyai tugasan untuk melengkapkan cabaran dalam setiap episod #ProjekThemePark2018.

Selain Zizan, Nad dan Lan, selebriti lain yang terlibat adalah Nabila Huda, Dynas Mokhtar, Ayda Jebat, Kamal Adli, Syafiq Kyle, Elfira Loy, Ummi Nazeera dan ramai lagi.

Bersiaran selama 13 episod, saksikan #ProjekThemePark2018 bermula malam ini (6 Mac), setiap Selasa jam 11 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #ProjekThemePark2018 dan #expeRIAnce untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here