ZTE Blade V8 masuk Malaysia

0
70



Kuala Lumpur: ZTE Malaysia hari ini melancarkan siri peranti pintar Blade terbaru, Blade V8.

Blade V8 direka untuk memberi kuasa kepada pengguna merakam semua detik indah dengan kuasa dwi-kamera 13MP dan 2MP bagi kamera utama.

Model terkini Blade yang hadir dengan 13MP kamera depan terbabit turut menampilkan ciri foto Bokeh menakjubkan selain rakaman 3D.

Dengan ciri yang memfokuskan kepada segmen fotografi, ZTE pastinya menyasarkan penggemar dunia fotografi serta pelanggan berusia antara 16 hingga 30 tahun sebagai kumpulan sasaran.

Daripada aspek dalaman pula, peranti berkenaan dikuasakan oleh pemprosesan Qualcomm Octa-Core 1.4GHz, sistem operasi Android Nougat 7 bersama ZTE MiFavor UI 4.2, yang mampu membawa pengguna ke tahap pengalaman baru.

ZTE telah membuka pra-tempahan Blade V8 sejak dua minggu lalu dan ia turut boleh didapatkan daripada peruncit sah ZTE pada harga RM999.

Buat masa ini, Blade V8 hanya ditawarkan dalam warna kelabu saja.

Dalam masa sama, ZTE mengumumkan bahawa mereka bakal menampilkan warna emas ros bagi kumpulan kedua Blade V8 menjelang Jun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here